Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Setiap kali menunaikan solat, kita digalakkan memanjatkan doa kepada ALLAH semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan petunjuk serta Hidayah semoga kita tergolong sebagai hambanya yang terhindar dari azab api Neraka. Sesungguhnya doa sebahagian daripada pelengkap ibadah yang wajar dilakukan seluruh umat Islam kerana ALLAH suka mendengar doa hambaNYA.
Berkata seorang sahabat Rasullullah s.a.w. :Fudalah Ibnil Ubaid, " Sesungguhnya ALLAH mendengar dengan penuh minat akan doa hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi."
Bila ALLAH cepat mengabulkan doamu,Maka DIA menyayangimu.Bila DIA lambat mengabulkan doamu,Maka DIA ingin mengujimu.Bila DIA tidak mengabulkan doamu,Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukMU.Oleh kerana itu sentiasalah bersangka baik kepada ALLAHDalam keadaan apa jua pun...
Ya ALLAH,
Janganlah ibadahku merosakkanku,
Begitu juga janganlah kebaikanku menjadi aku derhaka kepadaMU,
Jadikanlah kekuranganku menyelamatkan diriku,
Jua dari kelemahan diriku,
aku merendahkan diri kepadaMU,
Kerana itulah yang menjadikan aku mencintaiMU.
Ya ALLAH,
Jadikanlah seluruh kebaikanku untuk keredhaanMU,
Janganlah kebaikan itu menjadikan aku senang dan tenang dari hilang takutku kepadaMU,
Aku berlindung kepadaMU,
Janganlah ibadahku menghijab diantara Engkau dan aku,
Ia akan menjadi bala pada diriku tanpa aku sedari,
Janganlah dengan kebaikan dan ibadahku,
Aku muflis ketika bertemu denganMU,
Ya ALLAH,
Janganlah pujian dan cercaan orang menjadikan aku berdosa,
Tetapi jadikanlah kedua-duanya pahala bagiku,
Bukan menjadi bala kepadaku,
Selamatkanlah aku dari membuat dosa yang memang selalu berdosa tanpa disedari.
Ya ALLAH,
Pimpinlah aku selalu dalam kehidupanku,
Aku seorang hambaMU yang lemah dan mengharapkan kekuatan daripadaMU,
Aku hambaMU yang memang sentiasa lemah,
Lemah fizikal, dan lemah jiwa,
Dengarlah selau bisikan hatiku,
Itulah harapanku kepadaMU,
Aku yang tidak lari dari melakukan dosa,
Mengharapkan keampunan dariMU.
Ya ALLAH,
RahmatMU yang aku harapkan,
Amal ibadatku tidak memberi jaminan untuk ke SyurgaMU,
Atau keampunanMU yang aku pinta,
Sekali-kali pun aku tidak layak,
Aku ini hambaMU yang tidak berguna kerana membuat dosa setiap masa,
Kutiplah aku dengan RahmatMU,
Sandarkan aku dengan berkat,
Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku melainkan Engkau,
RahmatMU yang luas, berkatnya melimpah ruah kepada sesiapa saja,
Segala-galanya atas Engkau sahaja Tuhan Ar-Rahman Ar-Rahim...
Aamiin Ya Robbal Alamin....


No comments:
Post a Comment